Monday, February 28, 2011

Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda

“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.

Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan

bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.


“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”

NIKON D3100~

hampanya rasa... hiba , sayu, pilu.. bila Kamera yg aku nk sgt2 , tak dpt aku nk beli.... dem.dem.dem.
sedihnya,sapa pun tanak tolong aku. kak aku, abg ipar aku,. huhuhu. sdeynya rasa,,, aku nk sangat2 kamera tu.. nape la susah sgt eh , bkn aku ta bayar pun. uhuhuhu.aku mmg teringin gila. 
da la aku jenis kalo ta dpt satu2 benda tu,, aku jd frust gila, n now.. im in a frustrated mood. huhuhu..
ape saje nk buat pun aku jd tadak mud, huhu. tolong la aku, seyesly, aku pun tatau knp aku nk sgt..
yg aku tau, aku teringin nk owned dat camera,.. y people around me juz ignored je kemahuan aku ney , uhuhu....
lagi tensen , aku sempat pgg je kamera tu,,, try la dua tiga kali snap... tp ta dpt beli. lg hiba la jd.. uhuhuu...
aku hope sgt,,, aku bole beli mnda tu , hope sgt ade makhluk Allah mai tlg aku.... nk sgt2. mak... adik nk kamera tu,,,, huhuhu :(
Nikon D3100

Tuesday, February 22, 2011

~ta sedap badan~

Astaqfirullahalazim~,,, aku byk mengeluh 2-3 ari ni,,,,
badan aku ta sedap ...adeh,,,
 kenapa n apa punca sebenar aku pun tatau
ttbe je mcm2 sakit, 
mula2 tekak , then kepala aku da 2 ari skit.
 then ada la anggota2 laen yg skit gak....
huhu. kakak aku suh p Klinik tp aku ney penakut. 
kenapa la eh . 
nk kata demam , tak pun , selsema ada la,,,
huhuhu.  yg aku tau, 
bdn aku rasa lemah sgt,
mata aku jd panas ja...
yg pastinya, aku jd mls ja skg ni,
nk bangun pg p keja pun da ta larat,,, huhuu...
please, help me, apa yg ptot aku buat skg ney, huhuhu :(

Sunday, February 20, 2011

Sabtu dan Ahad~

lama jugak kn aku tgal blog aku ney , hehehe, 
biasa la balik kg, mana ada tenet, hahaha,
okeh, 1st nk cita, ari sabtu ritu ,,, aku p blaja bwk keta, mmg best 1st time gitu.
hahaha. byk kali gak la mati enjin. malu gila kot. hahaha, 
then after blaja keta , g lepak kfc dgn kwn a.k.a da mcm abg aku da pun dy. haha
g mkn kfc lu ngan dy. sejam lebih gak la ak melepak kt sne. 
mcm2 smbg, pasal gf dy, bf aku, hahaha, mmg best, lama tak jumpa la katakan,
then malam bru bertolak balik kg,
kg aku dkt ja,kt seberang perai penang ja,,,
erm, then duk kt kg mmg borink .
keja aku tdo je. hahahaha mmg best la, 
aku tdo bgun pg g pasar, tdo, mkn tghari, tdo balik uma
cm useless je balik kg, hahaha....
btw, best jugakla., bole rehat2, asyik keja je kan. hehehe...
then td kul 8pm baru aku smpai uma aku, sok keja lak,
mmg memenaatkn, uhuhu ;)

Thursday, February 17, 2011

~INFO~ ;)

SAAT MENILAI CINTA



SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

apa yang tersirat disebalik yang tersurat ~ ;) , hehe

~my lef ~




actually lagu akim~janji~ ni, ada maksud utk aku ngan dia, panjang cerita dia, tp kalo korang paham lagu ney , korang akan paham la apa yang aku dah buat dulu , menyesal nye rasa sekarang ney sebab aku buat mcm tu, kalo la dulu aku ta buat mcm tu, mungkin aku ngan dia lebih bahagia daripada sekarang , sekarang bahagia jugak. tp mungkin aku akan lebih bahagia kalo dulu aku tak tinggal dia, aku cuma nk igtkan korang, jaga la hubungan korang yg dah ada, jgn terlalu mengejar benda yang tak pasti , mungkin nnt korang akn menyesal mcm apa yg aku da penah lalui, perit sgt , huhu. kejar benda yang langsung tak bahagiakan aku, dan tinggal sumthing yg mungkin buat aku rasa lebih bahagia daripada sekarang, menyesal betul aku rasa, rasa macam aku ni bodoh sangat, sbb   aku , dia berubah, dulu dia lain, sekarang lagi   la lain, ntahla , kenapa dia perlu berubah aku pun taktau , huhu, sumpah ! aku inginkan dia yang dulu , dia yang care dkt aku,  syg aku , ntahla, dulu aku rasa lain sgt, knp skrg aku ta bole rasa cmna dia layan aku dulu ? knapa ye, huhu, skg ney , aku doa byk2 , moga dia sntiasa ingat yang aku hanya ada dia, aku takkan ulangi apa yang telah aku buat dulu , ~ babai ~

Wednesday, February 16, 2011

Janji ~Akim~ . layan ;)


Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi

Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi

Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Ulang Chorus

Aku janji padamu

Akan mencintaimu
Ulang Chorus

Takkan menduakanmu

Tuesday, February 15, 2011

mcm S*** je ,!

huh! benci nye aku ngan sorg org ofis ney ,dia ingat dy BAGUS kot. tegur2 tah papa,
bengong , aku tertengok dy je pun, then dok tgur2 "eh. wat keja, tak payah tengok2,"
hei, ngat aku nk sgt tengok ang ke ? ? ? bengong ! ta suka la wei , cm s*** je, huh. aku ta suka la nk maki2 org ney, tp dia buat aku hilangsabar, awt la nk kena ada manusia mcm ney kt dunia ney,
mkn ta bole, padahal dia mkn takpa, bodoh ! , aku betul2 ta suka, tgk la, aku nk blaja rajin2, nk jd engineer,. 
then nk keja n pastikan dy jd org bwhan aku. hahaha,
tgk la apa aku akan buat nnt, dem punya org tua, gila betui, gatai pun ada gak, dem, benci2. !!!
suka blagak bagus mslh nye, padahal dia pun byk main, bukan wat keja , 
makan gaji buta la wei , huh. hilang selera aku nk makan ney , 
huhu. semua sbb dy yg ngek tu la, bodoh !
masalah nye aku tertengok je pun dia masa tuh, bukan aku nk tgk, dah nama pun depn.
mesti la nampak, kalo ta tgk pun, dari ekor mata bole nmpak la bengong !
apa punya manusia pun taktau la, !




*dari aku yg tension! *

jenis2 jodoh ! ? ;)

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada
3 jenis iaitu:


1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

siapa aku dihatimu ? ~

Siapa aku dihatimu ?~  betul2 menjadi tanda tny utk aku ,
selalu ak terpikir2, sapa aku ney ?
pentingke aku ney dlm hidup dy ?
perlu ke aku ney dalam hidup dy ?
dy perlukan aku mcm aku perlukan dy ke?
arghh, byk lg yg jd tanda tny dlm diri aku , 
aku taktau nk bgtau dy cmna, 
dy ta penah sedar ke smua ney ?
knp la kena jd cmney ?
ak sdey sgt2, dy ta penah nk pkir perasaan aku,
ak da penat mcm ney,
aku terlampau sygkan dy, smpai kdg2 aku sndri pjuk ati aku ney,
jgn terlampau memikir,
tp ta bole, aku ta bole idup tnpa dy,
tp nape dy bole?. huhuhu,
da byk mlm aku nangis, 
pkirkan npe dy ta pnh amek kisah sal aku,
menda laen lg pnting dr ak,
ak speechless, terluka sgt2,
:(. tahla,
aku hope sgt, 1 ari dy sdar, yg aku betul2 perlukn dy,,,
huhu.

*saya sayang awak sgt2 *
AHMAD FAZLI !~

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul ;)

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ianya tidak sama seperti memperingati hari lahir kita, hari lahir kekasih, hari lahir ayah ibu dan orang tersayang yang lain.

Hari memperingati kelahiran, biasanya akan diraikan bersama orang yang terlibat. Sebaliknya kita memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tanpa kehadiran baginda. Tanpa meniup lilin dan tanpa ada potong kek harijadi.

Lalu bagaimanakah caranya kita meraikan hari kelahiran kekasih Allah itu? Sekadar berarak dan mengadakan jamuan? Atau cukup sekadar berselawat, berzanji dan mendengar ceramah berkenaan kebesaran baginda? Lepas itu habis?

AM secara peribadi beranggapan semua yang kita lakukan itu hanyalah simbolik. Yang lebih penting dan maha penting ialah, bagaimana kita menghayati dan menuruti segala ajaran yang telah baginda turunkan kepada kita.

Bila kita ditegur kerana kelakukan kurang baik, kita lantas berkata "ala kita bukan nabi.." Apakah maksudnya? Adakah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah itu tidak perlu kita ikuti hanya kerana kita bukan nabi? 

Satu-satunya perbuatan nabi yang biasa diikuti ialah, bila ada niat nak kahwin dua, kerana nabi mempunyai isteri lebih dari satu. Untuk mengelakkan si isteri terus marah, si suami akan berkata "ala, sedangkan nabi ampunkan umat"...

Sebab itu ada yang jahat mulut akan berkata, "Bab kahwin nak ikut nabi, tetapi perangai macam babi.."

Para alim ulamak dikatakan sebagai pewaris nabi. Tetapi adakah mereka telah berusaha untuk melakukan perkara-perkara yang diajar oleh nabi untuk mendidik umat islam yang lain? Atau adakah mereka masih juga mengatakan bahawa mereka bukan nabi dan tidak mungkin dapat melakukan perkara-perakara seperti yang dilakukan oleh nabi?

Nabi Muhammad S..A.W adalah contoh terbaik untuk menyatupadukan umat. Banyak contoh Rasulullah tunjukkan untuk berhadapan dengan sesuatu isu besar. Ketika dalam usaha menyebarkan agama islam, bukan calang-calang dugaan dan tentangan yang baginda hadapi termasuk ancaman bunuh oleh musuh-musuh Islam.

Malangnya, dalam banyak kes, tidak nampak sedikitpun kita mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah.

Rasulullah sentiasa bersabar ketika menghadapai dugaan yang besar, bersabar ketika menghadapi penghinaan dan tekanan dan bersabar ketika menyelesaikan masalah pertelingkahan umat islam. 

Sebaliknya kita, malah yang bergelar ulamak @ perwaris nabi, akan meleting bila berhadapan dengan dugaan. Akan marah dan meninggikan suara bila menghadapai tekanan dan akan membuat pertimbangan mengikut hawa nafsu ketika menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak yang berbeza pendapat. Kemana hilangnya warisan nabi yang menyuruh kita bersabar dan adil ketika membuat keputusan? 

Apalah gunanya kita sibuk-sibuk membuat banner, mengadakan kenduri dan sebagainya untuk menyambut Maulud Nabi, sedangkan dalam kehidupan harian kita, sedikitpun kita tidak menjadikan Rasulullah itu sebagai role model (selain kahwin dua). 

Semoga dengan kehadiran hari memperingati ulang tahun Rasulullah S.A.W pada tahun ini, umat Islam di Malaysia akan berubah kepada mantaliti yang lebih mulia, agar umat Islam terus dihormati dan tidak lagi dikeji. Paling tidak, AM harap umat Islam di Malaysia akan dapat bersatu hati ketika berhadapan dengan sesuatu yang melibatkan kesucian agama Islam. Tanggalkan baju politik dan buangkan kasut politik jauh-jauh ketika kita berkata tentang agama. Amin.



*P/S : Info diatas ini bukan saya tujukan utk anda semata-mata, malah saya juga ingin mengingatkan diri saya tentang pengertian sebenar Maulidur Rasul , InsyaAllah, kita semua dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik selepas ini, InsyaAllah...
-nur azmeen ahmad-

sepetang bersama mereka berdua ~




hari ni , em , silap2 ,. petang ney , 
aku tak ot sbb nk jmpa kawan aku a.k.a kakak aku la kan .(sbb aku da agp dy cm kak aku sndiri)
hurm, nama ja dok penang skali,
tp da lama aku tak jumpa dy, 
aku rasa last jumpa dy masa abg dy kawen dulu kot,.
tu pun bulan 11 *kalo tak salah aku la kan*
mmg best, tadi jumpa2 , depa teman aku p cuci moto
then g makan2, mkn byk lak tu..
mee goreng, laksa lagi, fuhhh mmg kenyang,! 
then depa teman aku p amek kak aku lg, hehehe.
tp masa yang kejap sgt
ta puas r jumpa ampa , jum r hangout lama2 skit wei,,
rindu ney, hahahaha,

 atein n palie
 bahagianya ! *jeles aku*
 bersama kakak saya
lef yu la sis,

*kawan smpai bila2 oke*

Sunday, February 13, 2011

11 jenis manusia yang didoa Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahualam 

feeling aku yg lebih2 ke ? ? ?

nuw , aku terasa mcm dia da tak sayang aku je ,
ntahla, aku taktau nk bgtau camna, tp aku salu rasa dia tak pernah nak amek tau sal aku ,
huhu , tak pernah amek tau sal perasaan aku ,
then bila aku bgtau ,
dia ckp aku wat dia sedih sbb ckp mcm tu ,
ntahla , aku mmg rasa cmtu pun . 
erm, mungkin juz perasaan aku ja kot, aku salu tenangkan hati aku ngan kata cmtu ,
em , tp aku salu berharap , dia sentiasa igt yg aku still sygkan dia sgt2 ,
walau apa pun yg terjadi ,, :)  dear Ahmad Fazli , sy sayang awk sgt2 ;)

Saturday, February 12, 2011

my 1st post !~

hai semua ! ,

ney la entry aku yg 1st skali utk blog baru aku ney  ...

btw , skg ney aku ngah keja , da borink, keja baru habis + mengantuk pulak ,

then , aku amek keputusan utk tulis 1st entry utk blog aku ney la kan ,

act aku suka sgt nk tulis cerita2 sal aku or wutever la kt blog ney ,

tp disebabkan aku skrg ney makin bz, so myb ade yg akan terlepas , hehehe.

okela, aku nk smbung wat keja yg ttbe jd byk balik , hehehe

babai, see u later . ;)