Wednesday, March 30, 2011

SAMSUNG GALAXY VS HTC WILDFIRE



WHICH ONE HUH? 

 SAMSUNG GALAXY ACE
RM940
MEMORY 4GB

HTC WILDFIRE
RM1099

aku dan dia :)

ini lagu kami ! aku suka dengar lagu ni. bila aku dengar lagu ni. aku akan jd lagi yakin n pecaya kt dia :) . luv u la sayang. . . 




Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Tahu kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
Ia mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan

Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...

Tuesday, March 29, 2011

Morning Rain~



kerja kerja kerja! bangun tido trus rasa malas nk pegi keja , 
then , gagah kan jugak la diri aku ni utk bangun . mandi ! iron baju ! then siap2 ..
semangatnya aku kuar uma, pakai baju ujan la even masa tu ujan rintik saja. 
then ,laju gila bawak moto sbb nk cepat. tak smpai 500 m dr uma aku. 
tudia.. ujan bukan men punya lebat lagi. adoi , sakit ati gila. aku pun patah balik la , dok kt uma.
*dalam ati terpikir, kalo aku ada lesen keta kan senang* then duk ilek2 jap kt uma. on9 kejap
pastu dengar mak panggil aku. dia ckp ujan da sereyat,.then aku pn kuar la balik.
nah ! atas bukit ujan balik. apa lagi. pecut la aku. smpai dekat kampung seronok mmg seronok betui la. hujan makin lebat , best best best. hahaha. lagilama , lagi laju moto aku mmg best la.
aku smpai kilang pukul 8.20pagi.... 
naseb kat kilang ujan rintik je. bole la aku parking moto kt luaq. kalo tak . aku tatau la. nak parkingdlm mang ta bole. sbb guard dok jaga, hahaha. then trus cpt2 masuk kilang,
masuk2 akurasa macam dok dalam peti ais, mcm nk beku pun ada gak.....
ekon kat kilang aku ni semacam , sejuk dia. mak aih. macam dok kat luaq negara nuh! hahaha.
ok, then masuk ofis , on pc. trus bkk emel , pastu jengjengjeng.
 bkk fesbuk la apa lagi, . hahaa, 
on fesbuk ni satu je reason aku....
sbb rindu dia ! semalam dia p mancing, semalaman aku ta ley msg dia , ckp ngan dia. huhuhu.
aku pun semangat r sbb td dia on. bkk2 fb , dia da off9
adeh.  dia da tdoq. kecewa jugak la kan.. :(
then , p bekfes , yg paling penting la kan. hehehe 

budak kecik *sweet*

Monday, March 28, 2011

sevinier melaka :)

halooooo....

today aku dapat sevinier dari Melaka. walaupun kecik  tp comel .
apa2 pun. tengs kepada yang memberi , i appreciate it beriberi much ! ... 
this is the sevinier. COMEL kan ?  i like. !

:)
 COMEL !!!!!

:) . Suka la . 

Thursday, March 24, 2011

NEW ~


jam baru ;)


contact lens baru :)

Alhamdulillah. ini semua rezeki dari Allah untuk aku. :)

Wednesday, March 23, 2011

fakta yg perlu anda tahu !

# Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).

# Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

# Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

# Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

# Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

# Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.

# 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

# Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.

# Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

# Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

# Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.

# Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

# Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.

# Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

# Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.

# Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.

# Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

# Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

# Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

# Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.

# 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.

# Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.

# Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

# Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.

# Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.

# Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.

# Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

# Unta mempunyai 3 kelopak mata.

# Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.

# Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.

# Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.

# Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

# Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.

# Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.

# 13% orang di dunia adalah kidal.

# Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

# Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.

# Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.

# Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.

# Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.

# Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

# India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.

# Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.

# Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.

# Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

# Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.

# Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.

# Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.

# Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
# Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.



*lepas baca ni.korang msti sedar yg byk menda kita ta tau kebenarannya. so skg da tau kan... ;)....

ANTARA CINTA DAN KAWAN , ;)




Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??


 

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??


 

Kerana...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??  


 

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??


 

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....  



 
Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak,
teman still paling berharga.



 
Kirim balik jika awak anggap saya teman awak selamanya.
Kirim ke semua teman awak......dan lihat berapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!!!!!!!  

frenz never break............
 

Tuesday, March 22, 2011

PETUA DAPUR UTK WANITA DAN GADIS ;)

Orang-orang tua Melayu pada zaman dahulu memang kaya dengan petua yang berguna tak kiralah samada petua kecantikan, petua nak cepat dapat jodoh, petua memasak, petua supaya awet muda, petua rumahtangga bahagia, petua memikat gadis dan macam-macam lagi petua yang berguna dan menarik. Adakah petua-petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita boleh dipakai? Bagi saya tentulah petua-petua tersebut berkesan, kalau tak berkesan tentulah ianya tidak diperturunkan kepada genarasi yang seterusnya.

Ianya merupakan satu warisan Melayu yang tidak ternilai yang ditemui oleh nenek moyang kita bagi mempermudahkan sesuatu kerja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pada zaman tersebut. Di bawah merupakan antara petua yang ringkas, mudah dan berkesan yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi golongan Wanita dan Surirumah. Selamat mencuba..


Petua menghilangkan bau nasi hangit.
Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.

Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga.
Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.

Petua untuk mudah kupas kulit bawang.
Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.

Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut.
Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.

Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras.
Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.

Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian.
Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang.

Petua mencuci pakaian yang terkena minyak.
Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dengan sabun.

Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca.
Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang air.

Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras.
Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.

Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat.
Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing.





SELAMAT MENCUBA ! ;)

RAHSIA MENAMBAT HATI LELAKI , ;)

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita. 

Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat. 

Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya. 

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. 

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. 
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. 

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. 

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita?

 Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum. 
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.

Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.

2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan. 

3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita. 

4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka. 

5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya. 

Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita

10 Sifat Wanita Yang Perlu Lelaki Faham

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?






Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.


* SENSITIF


Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.


* CEREWET


Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.


* HALUS


Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.


* IKHLAS


Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.


* PERASAAN


Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


* PRIHATIN


Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.


* MANJA


Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.


* EGO


Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


* CINTA


Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!





* SEKS


Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si di

Sunday, March 20, 2011

Kenapa perempuan kena kahwin dengan seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan??

Hari ni tetbe kawan aku bg emel ni... baca la untuk semua kaum wanita.....


Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.

1-Kehidupan yang lebih terjamin

seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

 
2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan tidak akan mengkhianati kepercayaan anda

Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

 
Teman lelaki bergelar seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

balik kampung weekend lepas ;)

last weekend aku balik kg , waa. mmg best sbb dapat rehat2 kat kg, yg ta best nya, aku ta bole nk on9 la pulak.
adoi yang tu mmg merimaskan aku  , hurm. balik kg, apa yg best eh , mungkin suasana kg tu best kot. sejuk , nyaman je rasa kan, even ak dok kg, kg sebelah bapak aku jugak yg terbaek , sbb sunyi , mmg best la, hahaha... then aku balik kg ari sabtu ptg smpai sana pun da pukul 8 dah, solat maghrib then trus p makan mee udang kt Pulau Sayak. ok, Aku excited bukan sbb mee dia tp udang dia yg besar2, waaa. mmg sedap la ,. feveret aku, hahahaha... then menda yg sedap terus jd ta sedap bila perut aku msuk angin sbb sehari ta makan. adoi. spoil je kan,.. huhuhu. then balik uma dgn mud yg ta berapa baik. pagi esok. pakdak p beli nasi dagang utk bekfes, after bekfes siap2 nk p uma maktam , tp before tu , abah ajak g Pantai Merdeka,,, mmg best la kan,. hehehe , smpai2 terus pegi serbu taman menan budak2 , men menan. hahaha. enjoy beb, then agak2 da pnt trus p uma maktam.. then smpai2 terus amek moto sepupu aku p Giant, hahaha. shopping,! hehehe, merempit bersama kakakku.. hehehe then balik, terus on9 , n booked tiket utk p KK mmg best la rasa...then da booked kena byr on the spot lak , p bank , bank in dwet pastu tros bayar dwet tiket, n now mang da komfem km sekeluarga p KK . mmg best then pkul 6 lebih anta makdak balikuma , then around 8 lebih aku smpai uma,,,, ;) mmg best la balik kg kali ni. hehehe

Friday, March 18, 2011

again n again , raining ~

sekali lagi, td masa balik keja aku n kengkawan practical aku * Una ngan Nana* jalan jalan kt QB, ~shopping la konon~ abeh gak la dwet aku dkt rm100, ta kisah la kan menda tu. sbb aku beli menda yang penting, lg penting , benda tu bukan benda yg merepek2 , haha. pastu kitorang p makan Chicken Rice Shop , pastu sembang la mcm2 , hahaha. tgk2 jam da pukul 7. apa lg, aku kena balik la, bukit balik pulau tu gelap sikit kalo malam2 , seram sejuk aku nk balik , so jalan la km kuaq dr qb. tgk2 , hujan lbat gila . aku tension la. adoi. cemana aku nk balik ni..... then kol mak la bgtau aku lambat sikit, *kantoi terus aku p lepak qb ,* hahahaha, its ok la. hurm. then makin lama. ujan makin renyai, *tanda nk berenti la tu* then suddenly ujan berenti terus. apa lg. lari ar p kt moto. nak balik cepat....then elok smpai kt moto., ujan rnyai balik. adoii, cam ape lg. da alang2 kitorg smpai kt moto. blah je la, tunggu apa lg. ujan makin lebat. cm ape je rasa... redah je la. aku ngan moto tayar licin gila, hahaha. so dengan perlahan2 la aku bwk moto. takut gak sumthing yg tak diingini berlaku kan. hehehehe. then aku pun balik, mang ujan lebat gila sepanjang jalan. tp sampai je aku kt teluk kumbaq, setitik air ujan pun aku ta rasa. adoiii. ape kehal la, situ ta ujan langsung, hahahha. cam lawak pun ada gak sbb smpai kt balik pulau.,semua org usyar aku pelik,,, * sebab pakai baju ujan diwaktu tak ujan* hahaha. aku kisah apa. mampus p kt korang r nk tgk ke nk gelak ke ape ke. yg aku tau, aku selamat sampai uma. Alhamdulillah, hehehehe,

Thursday, March 17, 2011

hujan again ,

AGAIN ! ,
harini aku dtg keja dalam keadaan hujan...adoi.. basah lagi la nampaknya aku *pikiaq dlm ati*  adoi. ney yg jadi malas. atas bukit balik pulau, rasa macam nk patah balik ja... tp dengan semangat yang ada untuk pegi keja... aku tetap gagahkan diri aku yg GAGAH ni. hahahaa... then turun dari bukit balik pulau, aku follow bas yg gila punya slow gila. sabaq ja la dlm ati ni, then tiba2 clear ja jln kanan aku ni. apa lg. dgn kudrat yg ada, aku pun dengan lajunya potong la bas ney. kena2 masa potong mai la sebijik moto dr depan. gila punya moto , bukan nk ke tepi, naseb aku tak terlanggar bas, kalo tak... sia2 ja semangat aku nk mai keja td.. hahaha. apa2 pun , Alhamdulillah sebab aku selamat....then aku teruskan lagi perjalanan hujan makin lebat je aku rasa , then lagi lebat *laju* la moto aku. hahaha.. n finally aku smpai kilang dengan selamat ! hehee. okeh, mau pegi bekfes suda, babai ,,,,

Wednesday, March 16, 2011

syg awk, rindu awk,...

* atas pelamin *
* after karoke *
 * sy syg awk. *

I Need You Sayang !
I Miss You Sayang ! 
I Love You Sayang !



Tuesday, March 15, 2011

kenduri uma nad dan holiday utk aku ,,, ;)

weekend, aku p banting, kenduri uma nad then p KL jalan2, hehehe. mmg best sgt2 , sbb bole jumpa my lurve, hehehe.aku p sana ari jumaat after keja, then smpai sna pun da around 12 midnight ,mmg penat sbb jam... huhu, then next day p amek bob kt pekeliling,, then g jalan2 area Pavillion ngan Sg wang,*aku pgil Sg Duet* hahaha,..

                                  me n him !                                                     bayie ngan bob!

kt Sg Wang tu aku beli dia baju. pusing punya pusing, nampa Metrojaya, then pegi r cari baju dalam tu. then jumpa la satu baju tu... belang pink kelabu , background putih mula2 aku nmpak biasa ja,,, tp lepas dia try ,, aku terus tergamam , sbb hensem sgt, argghhh , awat la dia hensem sgt .hahahahah

hensem kan ? hehe

ok. after that, g Pandan Mewah lepak minum2 jumpa kawan bayie,. pukul 9.30 kitorg bertolak g Gombak , amek kecik....


ni la kecik....

ok. then kitorg straight g Banting , smpai sna around pukul 12 lebih ,and smpai2 yg bebudak laki ni terus makan, lapaq sangat kot. hahahaa. then next day , kenduri day ! the best day la. aku ngan dia pkai baju PINK. sama ngan tema. hahaha. ok. mmg best , jumpa kawan2 . ni ada sikit gmbr aku nk share.

mereka
me n him
 makan
 sedap ke apen?
 bob
 apen n botak
 saya dan sayang saya
 my syg !
kami semua

oke after kenduri petang tu around pukul 7 kitorg bergegas p pekeliling sbb bob nak balik. tp jalan jem... smpai dalm 8 lebih, n bas pun da takde, so kitorg wat keputusan utk Check in je mlm tu.. anta kecik kt Gombak. then terus g makan kt Mali's Corner. Char Kuew Tiaw Penang kot... hehehe.then tgu adek dtg,,
kitorg terus g check in. mndi2, terus g KARAOKE! mmg best...
 link
 adek n bob
 ;)
 karok adek.
 kami
lurve,


ok, then trus balik hotel , n tido. esok pg bangun siap utk pegi WangsaWalk...pagi tu sebelum check out. kegilaan aku bersama nad,,,,





kegilaan kami 

lepas tu kami trus pegi WangsaWalk.. agak sedih sebab nk balik dah,,,
ni gambar km,,,





wangsaWalk

around pukul satu kami bertolak balik sbb nk kena anta bob p pekeliling pulak , bas aku pukul 3.30.. sedih sangat sebb dia ta bole anta aku. sepanjang perjalanan nk ke bukit Jalil. aku nangis je, huhu. taktau kenapa la kali ni mcm tu. terkilan sgt dia ta dpt anta aku, n pukul 9 lebih aku selamat smpai di rumah aku. Alhamdulillah,,,,,